
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 54 tahun dipenjara dua hari dan didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, Jumaat, kerana memberi kenyataan palsu kepada polis dengan mendakwa keretanya dicuri lima tahun lalu.
Abdul Jalil Bongkol mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali kerana memberi keterangan palsu kepada pegawai polis di sebuah balai polis, di sini, pada 15 Mei, 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah diberitahu bahawa Abdul membuat laporan polis mengenai keretanya hilang.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Siasatan polis mendapati Abdul telah menjual kereta itu kepada orang lain melalui ejen, menjadikan laporannya palsu.
Tidak diwakili, Abdul meminta hukuman ringan kerana ketika ini kereta itu telah ditarik balik.
Timbalan Pendakwa Raya Batrisya Mohd Khusri memohon hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan polis terpaksa bertindak dan menyiasat berdasarkan aduan pengadu.
“Hukuman itu boleh dijadikan pengajaran kepada Abdul dan tidak mengulangi kesilapan itu,” kata Batrisya.
Di mahkamah berasingan, seorang pengurus premis hiburan berusia 32 tahun didenda RM1,500 atau sebulan penjara kerana menjalankan pusat hiburan tanpa lesen, tahun lepas.
Leong Ka Sheng mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan melakukan kesalahan itu pada 29 Dis, 2023 di Pusat Komersial Pintas Avenue, Penampang pukul 2.19 pagi.
Leong didakwa di bawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Suzie S.K. memberitahu mahkamah pasukan polis, yang menyerbu premis itu, mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.
Tidak diwakili, Leong merayu hukuman ringan manakala Suzie memohon hukuman setimpal.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


