Remaja menyamun, mencuri di Jalan Gaya ditahan

17 Feb 2024 • 8:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas melakukan jenayah samun dan curi dalam tempoh enam jam di Jalan Gaya di sini pada Khamis.

Suspek berusia 18 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 7 malam susulan satu kejadian curi telefon bimbit berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Gaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Kalsom Idris berkata, kes pertama melibatkan samun terhadap seorang wanita berusia 35 tahun.

Menurutnya, mangsa yang merupakan kerani dalam perjalanan dari tempat kerja ke sebuah kedai dengan melalui lorong belakang sebuah bank kira-kira jam 1 tengah hari.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dari arah belakang dan bertindak menekup mulut serta menjatuhkan mangsa.

“Suspek kemudian menumbuk muka dan kepala mangsa sehingga cedera sebelum mengambil dompet mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Kalsom berkata, dalam kes kedua pula di kawasan berhampiran sebuah pasar raya suspek telah mencuri telefon bimbit jenis Huawei milik seorang wanita berusia 36 tahun.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dan telefon bimbitnya disambar suspek namun disedari orang awam lalu bertindak mengejarnya.

“Pasukan polis kebetulan berada di lokasi yang mengadakan Op Payung menyedari kejadian itu segera bertindak mengejar dan menangkap mangsa di lokasi tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, hasil siasatan mendapati suspek yang ditahan tersebut merupakan suspek sama dalam kes pertama.

“Suspek juga mengaku telah terlibat dalam kes samun yang pertama.

“Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengajar mencederakan orang untuk melakukan samun dan Seksyen 379 kanun sama kerana mencuri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.