
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menarik perhatian netizen selepas dia membuat pengumuman menggunakan empat bahasa di sebuah pasar raya terkemuka di Malaysia.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, dia dilihat membuat pengumuman untuk memaklumkan kepada para pelanggan bahawa pasar raya tersebut bakal ditutup dalam masa lima minit.
Dalam video tersebut, empat bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana rata-rata kagum dengan kebolehan lelaki tersebut bertutur menggunakan empat bahasa yang berbeza dengan lancar.


Menjengah ke ruangan komen di sebuah portal hiburan, rata-rata netizen memuji kehebatan lelaki tersebut dan ada juga yang berharap agar pihak kerajaan dapat menjadikan empat bahasa tersebut sebagai bahasa utama yang diajarkan di sekolah.


Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Video Leona Cuit Hati, Akui Kini Lebih Berminat Dengan Lelaki Sepanyol - "Saya Akan Mula Belajar Bahasa Sepanyol, Ola!"
The post Lelaki Buat Pengumuman Guna 4 Bahasa Di Sebuah Pasar Raya Raih Perhatian Netizen – “Mantap Lah Dia Ni..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


