Lelaki Buat Perangai Tak Senonoh, Intai & Rakam Kaum Sejenis ‘Membuang’ Di Tandas RnR

Music
6 Sep 2022 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Makin lama makin terasa tak selamat! Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan kelakuan tak senonoh seorang lelaki lain yang telah mengintai dan merakam videonya di dalam tandas Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil di Lebuh Raya Elite, Selangor.

Menurut video yang tular menerusi Facebook Kamal Garong, dia memaparkan seorang lelaki berbaju merah yang telah ditangkap selepas kantoi merakam kaum sejenis dari bawah tandas ketika lelaki itu sedang membuang air besar.

image is not available

image is not available

Jadi lelaki sekarang dah tak selamat. Baru saja tadi dekat R&R Dengkil dalam pukul 9 malam, Ahad.

“Tengah ‘memerut’ boleh pula dia rekod dari bawah tandas. Nasib aku jenis mata melilau, dapat tangkap,” katanya.

Menurut mangsa, lelaki berbaju merah itu telah merakam pengguna tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbit.

Hasil pemeriksaan telefon pintar lelaki tersebut mendapati banyak rakaman video orang sedang membuang air kecil. Alahai…

@majoritiofficial

Yihhh! Jadi lelaki pun tak selamat.. memalukan geng honda jer… sibuk nak tengok ‘bebird’ orang.. min dah lah selalu berhenti rnr tu.. nak tau kat mana klik artikel #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #tular

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Bila diserang mangsa, lelaki tersebut dilihat dalam ketakutan dan meminta maaf atas apa yang berlaku.

Janganlah macam itu. Saya minta maaf, saya tak buat apa-apa pun,” katanya.

Selain itu, mangsa juga sempat menularkan gambar kenderaan Honda Civic milik mangsa yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Haih macam-macam lah orang sekarang. Macam dah tak ada kerja lain. Hati-hatilah kalau guna tandas awam tu ye gais.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.