
Seorang lelaki bukan Islam yang berkongsi pengalaman manis ketika mengerjakan solat Jumaat telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki berbangsa Cina itu di laman TikToknya, dia tidak menafikan merasai ketenangan ketika mengikuti rakan-rakan pejabat lain menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Lelaki bukan Islam
@babyjonnn My first time experiencing Friday Prayers with my friends in the office! Was never afriad to try out new things and will never be! 10/10 experience would totally do it again What else would you guys want me to try out next? Comment below! #foryou #fyp #viral #fypシ゚ #malaysiatiktok #fypmalaysia #fridayprayer #solatjumaat #chinese #kl #november
♬ original sound - babyjonnn - babyjonnn
Dalam perkongsian itu, dia mempelajari cara mengambil air sembahyang dan meniru semula gerak geri solat yang dilakukan oleh rakannya.
“Buat pertama kali saya merasai solat Jumaat bersama rakan-rakan pejabat.
“Tak pernah takut untuk mencuba perkara baru, 10/10 untuk pengalaman ini dan saya akan melakukannya lagi,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Lelaki bukan Islam


Wanita jatuh cinta dengan lelaki tersebut!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan wanita jatuh cinta dengan perwatakan lelaki Cina tersebut yang berani mencuba sesuatu baharu dalam kehidupannya.

Netizen doakan yang baik-baik
Dalam pada itu, ramai memberi sokongan dengan tindakan lelaki itu dan mendoakan agar dikurniakan hidayah kelak serta dipermudahkan segala urusan.


Sumber: TikTok @babyjonnn


