Lelaki Bunuh Puluhan Kucing Dipenjara 2 Tahun & Denda RM 50K

Entertainment
28 Mar 2023 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lepas, tular sebuah kes di mana puluhan bangkai kucing ditemui di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Hari ini, pelaku telah dijatuhkan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun serta denda RM50,000 di Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Kosmo!, hukuman tersebut dijatuhkan selepas lelaki berasal dari Sarawak itu didapati bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing dibawah jagaannya.

image is not available

Difahamkan, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, penzalim pembunuh kucing kondo itu telah dijatuhi hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini dan lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 29 (1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Kepantasan dua pegawai polis mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.

Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik,” katanya.

Sebagai info, kes itu merupakan kes precedent atau kes pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 sejak ia diperkenalkan di negara ini.

Haiwan pun makhluk juga ya, jangan kasari mereka…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.