Lelaki cabul adik tiri dipenjara enam tahun, dua sebatan

12 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki cabul adik tiri dipenjara enam tahun, dua sebatan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat kerana melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap adik tirinya yang masih bawah umur.

Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan atas kesalahan dilakukan kira-kira jam 1 pagi pada November 2025 di ruang tamu sebuah rumah di sebuah kampung di Papar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun ketika kejadian.

Menurut pendakwaan lelaki yang merupakan abang tiri mangsa itu melakukan serangan seksual dengan mencium bibir serta menyentuh payudara mangsa.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan dengan alasan menyesali perbuatannya serta memohon maaf kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Safeerah Mad Iskim yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan antara lain dengan berhujah bahawa lelaki berkenaan telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai anggota keluarga dengan menyalahgunakan kedudukannya ketika tinggal serumah dengan mangsa yang terdedah kepada risiko.

Beliau turut berhujah bahawa mangsa adalah seorang kanak-kanak yang telah berhenti bersekolah sekaligus menjadikannya lebih terdedah dan mudah dieksploitasi.

Pendakwaan turut menyatakan kesalahan itu memberi kesan fizikal dan psikologi yang serius terhadap mangsa.

Amir Shah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh lelaki berkenaan ditahan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang berada di penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved