Lelaki cabul anak saudara kena 10 tahun, dua sebatan

29 Mar 2024 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 26 tahun dihukum penjara sejumlah 10 tahun serta dua sebatan kerana melakukan gangguan seksual fizikal terhadap dua anak saudaranya, secara berasingan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki itu selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan terhadapnya.

Pada pertuduhan pertama, dia dipenjara empat tahun dan diperintah untuk dikenakan satu sebatan rotan kerana melakukan kesalahan itu terhadap perempuan berusia 14 tahun itu dengan memegang payudara serta memegang alat sulitnya pada jam 4 pagi, 23 Februari tahun ini di ruang tamu sebuah rumah di Pitas.

Pada pertuduhan kedua, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun lagi serta satu sebatan rotan kerana melakukan kesalahan serupa terhadap seorang lagi anak saudara perempuan berusia 14 tahun, pada jam 4 pagi pada 25 Februari tahun ini di tempat sama.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak dari tarikh dia ditangkap dan menjalani kaunseling pemulihan semasa menjalani hukuman itu.

Selepas selesai menjalani hukuman penjara, lelaki itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin manakala lelaki itu tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.