Seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai mencabul tiga pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh, akhirnya ditahan polis selepas rakaman perlakuannya tular di media sosial.
Suspek, yang merupakan seorang penganggur, memberi alasan dirinya sudah lama tidak mempunyai hubungan intim sejak disahkan menghidap HIV positif 13 tahun lalu. Namun, tindakan liciknya mencetuskan kemarahan ramai apabila dia dikesan sengaja melanggar badan wanita sebelum menyentuh bahagian sulit mereka.
Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian pada Rabu selepas tiga wanita tampil membuat laporan polis.
“Siasatan mendapati mangsa pertama, berusia 26 tahun, dicabul pada 6 Mac, manakala dua lagi mangsa masing-masing berusia 23 dan 27 tahun mengalami kejadian serupa pada Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
- Lebih 5,200 belia bankrap sejak 2020, pinjaman peribadi penyumbang utama
- Netizen puji dua lelaki sanggup angkat OKU naik tangga sebab lif rosak
- ‘Perjalanan penuh inspirasi!’ – Lelaki ini kejar impian sejak kecil, kini bergelar Jurutera Nuklear
- Mat Sabu tanam bawang rose Ehsan di kediaman rasmi menteri
- 2 sahabat raih pujian, wakaf barangan keperluan wanita di surau stesen kereta api
Tambahnya, modus operandi suspek adalah berpura-pura berjalan di celah kesesakan orang ramai sebelum dengan sengaja melanggar mangsa. Dalam kejadian tersebut, suspek bertindak kasar dengan menyentuh dada dan punggung mangsa menggunakan tangan.
Rakaman seorang saksi awam yang juga pemilik akaun TikTok @zackrazbundle membantu membongkar perbuatan lelaki terbabit. Hasil siasatan lanjut turut mendedahkan suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.
Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Pihak polis mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang insiden mencurigakan bagi membanteras jenayah gangguan seksual di tempat awam.
The post Lelaki cabul wanita di Bazar Ramadan, ditahan polis appeared first on .



