Lelaki Baju Biru Mengaku Sengaja ‘Langgar’ & C*bul Wanita Di Bazar Ramadan Ditahan

Entertainment
13 Mar 2025 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki telah ditahan kerana mencabul beberapa wanita yang berkunjung ke bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh.

Sebelum ini, tular aksi lelaki berbaju biru di media sosial sejak Selasa yang dilihat sengaja melanggar dan mengambil kesempatan mencabul pengunjung wanita di bazar tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di bazar tersebut pada Rabu, lapor Kosmo!

Menurutnya, pihak polis turut menerima laporan daripada mangsa yang terlibat dalam kejadian selepas video perlakuan suspek tular dalam media sosial.

@zackrazbundle

Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen

♬ original sound – Zack – Zack

“Mangsa pertama melaporkan dia telah dicabul oleh suspek pada 6 Mac lalu, manakala mangsa kedua dan ketiga pula pada 10 Mac lalu.

“Kesemua mangsa menyatakan dicabul semasa sedang berjalan kaki bagi membeli juadah berbuka, suspek secara kasar melanggar badan serta sengaja menyentuh dada dan punggung dengan menggunakan tangan,” katanya.

Suspek mengaku sengaja langgar

Ujarnya, modus operandi suspek adalah berjalan kaki serta sengaja melanggar badan mangsa sebelum menyentuh bahagian badan.

“Suspek mengakui terlibat dalam kes itu dan menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya yang menghidap HIV positif sejak 13 tahun yang lalu.”

Pihaknya turut melaporkan suspek yang merupakan seorang penganggur memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.