Lelaki Cadangkan Syarikat Beras, Jual Nasi Putih ‘Ready To Eat’ Di Kedai Serbaneka 24 Jam – “Target Market Student Duduk Asrama”

Cooking
4 Jun 2024 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Cadangan seorang lelaki di aplikasi X meraih perhatian ramai warganet di mana dia telah menyeru syarikat beras tempatan untuk menjual produk seperti di negara asing.

Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi dua foto yang memaparkan produk nasi putih ready to eat yang dijualkan oleh syarikat di Korea.

 

Banyak dijual di negara luar

Berdasarkan gambar tersebut, nasi itu sudah dibungkus dalam packaging yang boleh dimasukkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan portion pula sesuai dimakan untuk seorang individu.

Produk tersebut banyak dijual di kedai serbaneka di Korea dan Jepun bagi memudahkan rakyat mereka yang sibuk dalam kehidupan seharian.

image is not available

 

Jual di Malaysia, sesuai untuk student

Lelaki berkenaan mencadangkan agar syarikat beras di Malaysia untuk mengambil peluang menjual nasi putih yang sudah dimasak di kedai serbaneka yang dibuka 24 jam seperti 7 Eleven dan KK Mart.

Katanya, produk sebegini akan memudahkan ramai pelajar universiti memandangkan produk lauk juga sudah banyak dijual dalam bungkusan sebegitu dan ready to eat.

Bukan hanya student, sudah tentu ia juga akan membantu ramai individu bujang serta rakyat yang sibuk bekerja.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang memberi pendapat tentang cadangan lelaki di mana beberapa perkara dibangkitkan seperti makanan ready to eat kebiasaannya dijual pada harga yang tidak berpatutan.

Ada juga yang berkata negara jiran kita, Thailand turut mempunyai produk sebegini dan ia menjadi rebutan ramai pelancong dari Malaysia yang memborong untuk dibawa pulang.

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa lambakan kedai makan yang buka sehingga lewat malam terutamanya restoran mamak yang dibuka 24 jam mungkin menjadi faktor penjualan nasi putih ready to eat ini tidak sesuai dijual di pasaran.

image is not available image is not available image is not available image is not available