
KOTA BHARU - Seorang lelaki cedera ditembak dalam kejadian di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor pada Ahad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh pihak hospital di Balai Polis Pasir Mas kira-kira jam 10.30 malam Sabtu.
Beliau berkata, polis dimaklumkan, mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada sebuah kedai makan di Salor serta memerlukan bantuan
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dengan menaiki ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Lelaki itu bagaimanapun dilaporkan cedera pada paru-paru kanan tetapi masih ditidurkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Muhamad Zaki memberitahu, susulan kejadian terbabit, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Berdasarkan laporan, lelaki itu sempat menelefon ,
