Lelaki cedera dipukul selepas tegur adik mengamuk, maki ibu

17 Apr 2023 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam kejadian pada 4 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa di sini, mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan serta tangan kiri.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa melihat suspek bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar dari bilik air.

“Mangsa yang berusia 24 tahun kemudian menegur adiknya yang dilihat mula mengamuk dan memaki hamun ibu mereka sebelum dipukul suspek dengan getah paip dan sebatang besi selain dicederakan dengan pisau.

“Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Turut dirampas senjata yang digunakan untuk mencederakan abangnya.

Amihizam berkata suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved