Lelaki cedera diserang singa ketika cuba berselfie

28 Nov 2024 • 8:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas diserang seekor singa ketika cuba bergambar bersama haiwan itu di luar sangkarnya di Lahore, Pakistan.

Insiden mencemaskan ini berjaya dirakam dalam satu rakaman video yang tular.

Mangsa dilaporkan menjerit kesakitan apabila singa tersebut menggigit bahagian pinggulnya. Dalam rakaman itu, dua lelaki lain dilihat berusaha keras untuk membuka rahang singa yang mencengkam tubuh mangsa, menyebabkan mangsa tidak berdaya dan berguling kesakitan di lantai.

“Ampunkan saya!” dan “Berhenti Simba!”, kata mangsa semasa kejadian itu. Namun, singa itu enggan melepaskannya.

Bagaimanapun, singa itu melepaskan mangsa selepas dihalau oleh tiga lelaki lain yang membantu mangsa.

Sebaik dilepaskan, singa itu dilihat berjalan mengelilingi bilik tersebut sambil menjilat bibirnya, manakala mangsa yang cedera segera bangun dan melarikan diri sambil mengadu pakaian koyak.

Menurut laporan The Sun, mansa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian lengannya. Bagaimanapun, tahap sebenar kecederaannya masih belum diketahui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved