Lelaki cedera jatuh pokok ketika ambil buah di Gunung Berembun

5 Sep 2026 • 10:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki cedera jatuh pokok ketika ambil buah di Gunung Berembun

SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari pokok ketika mengambil buah-buahan di kawasan Gunung Berembun, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.49 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati benar terdapat seorang lelaki yang terjatuh dari pokok ketika mengambil buah-buahan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Mangsa ditemui bersama rakan-rakannya sebelum lima anggota bomba menjalankan operasi pemindahan mangsa dari lokasi kejadian. Jarak dari Pos Pendaftaran Perhutanan ke lokasi mangsa kira-kira lima kilometer,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

The post Lelaki cedera jatuh pokok ketika ambil buah di Gunung Berembun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved