Lelaki cedera motor terbabas, terbakar 

7 Dec 2024 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang lelaki cedera selepas motosikalnya terbabas dan terbakar di Batu 7, di sini, tengah malam Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 12.47 tengah malam. “Sejurus tiba, kami mendapati, terdapat sebuah motosikal terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbakar sepenuhnya.

“Ekoran dari kemalangan tersebut, penunggangnya mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan perubatan dari Hospital Duchess of Kent yang tiba di lokasi memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke hospital.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Operasi pemadaman ditamatkan jam 1.04 pagi setelah tidak ada lagi sebarang tanda berbahaya, kata Severinus.