Lelaki cedera Pajero terbabas, terbalik

LocalCars
12 Jan 2026 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera selepas keretanya Mitsubishi Pajero terbabas dan terbalik di Jalan Raya Utama, Batu 3, dekat Gereja St Mary, awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung panggilan kecemasan diterima jam 6.08 pagi sebelum pasukan itu tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas dan terbalik sendiri. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan menggunakan peralatan khas,” katanya.

 Mangsa dalam keadaan sedar dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut.

Operasi itu, yang melibatkan jarak satu kilometer dari balai ke lokasi kejadian itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan namun dalam keadaan stabil ketika dibawa ke hospital.