Lelaki cedera parah akibat dipijak gajah ketika buang air

12 Apr 2024 • 10:12 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan di kepala selepas dipijak gajah di Batu 11, dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, mangsa yang berasal dari Felda Bersia, berada berhampiran sungai dipercayai untuk membuang air.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah senja iaitu sekitar jam 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian terdapat 12 orang berhampiran tempat kejadian tetapi cuma dia seorang sahaja yang kena (diserang gajah), disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya kepada Berita Harian.

Mangsa dirujuk ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. - 12 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved