Lelaki Cedera Parah, Nyaris Putus Tangan Selepas Ditetak Dengan Parang Di Matu

6 Oct 2023 • 8:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa dilaporkan stabil walaupun mengalamai kecederaan parah

Lelaki Cedera Parah, Nyaris Putus Tangan Selepas Ditetak Dengan Parang Di Matu. Seorang lelaki cedera di bahagian dahi, belakang kepala dan pergelangan tangan kanan hampir putus dan ibu jari sebelah kiri selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam satu kejadian amuk di Matu, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Matu DSP Neil Beginda berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 1 pagi

image is not available
Lelaki Cedera Parah, Nyaris Putus Tangan Selepas Ditetak Dengan Parang Di Matu. Kredit: Borneo Post

“Setibanya di tempat kejadian mangsa seorang lelaki berumur 56 tahun didapati dalam keadaan berlumuran darah duduk di tangga rumah dengan kesan tetakan di bahagian dahi, belakang kepala, pergelangan tangan kanan hampir putus dan ibu jari sebelah kiri.

“Mangsa dibawa ke Klinik Tian di Matu dan seterusya dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

image is not available

Neil menambah, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan di Hospital Sibu.

image is not available

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun bersama parang yang digunakan untuk menetak mangsa.

“Suspek ditahan di lokap Balai Polis Daro dan direman sehingga 9 Oktober untuk siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: