
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang menyebabkan kecederaan secara sengaja kepada adik tirinya, dipenjara 12 bulan.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu kepada penganggur, Abdul Habir yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.
Habir telah menyebabkan kecederaan kepada Marshiela Md Ibrahim pada jam 5 petang 23 Julai tahun ini di hadapan sebuah rumah di Kg Kalansanan, Inanam.
Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Habir menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Julai tahun ini. Semasa rayuan, Habir meminta hukuman ringan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie Kupit menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal. Mahkamah mendengar bahawa Habir tiba-tiba mengamuk di rumah mereka dan menendang adik tirinya.
Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana Habir mempunyai masalah dengan isterinya ketika itu.
Habir juga seorang penagih dadah dan pernah dipenjarakan sebelum ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
