Lelaki Cederakan Teman Wanita Gara-gara Tak Puas Hati Minta Putus

2 Sep 2022 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kadang-kadang tu, kita memang tak boleh jangka apa yang akan berlaku walaupun dah kenal dengan seseorang.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Masai, Pasir Gudang telah membuat tindakan ganas dengan menikam dan menetak teman wanitanya gara-gara bengang wanita tersebut enggan menyambung percintaan mereka, lapor Utusan.

Insiden yang berlaku pada 31 Ogos ini dilaporkan terjadi di sebuah apartment di Masai.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam Superitendan Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian ini dari seorang pegawai keselamatan yang terdengar jeritan mangsa.

Pengadu memberitahu bahawa dia telah mendengar pergaduhan dari unit kediaman tersebut sebelum melihat suspek memegang pisau sementara mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa menyebabkan mangsa luka pada bahagian muka, lengan, pergelangan tangan dan rusuk.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan mereka.”

Pihak polis berjaya menahan lelaki ini dan turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

image is not available

Pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.”

Allahu, harapnya mangsa dapat pulih sepenuhnya…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.