Lelaki cemburu tetak teman lelaki bekas isteri dengan kapak di KK

11 Aug 2023 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Gara-gara cemburu seorang lelaki bertindak luar kawalan menetak teman lelaki bekas isterinya dalam kejadian di kawasan lapang bulatan Menara Kinabalu pada malam Khamis.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki manakala teman wanitanya berusia 30 tahun sempat menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pasangan itu dikatakan sedang makan di dalam kereta namun diserang oleh tiga lelaki termasuk seorang daripadanya menggunakan kapak.

"Mangsa lelaki cedera akibat serangan itu namun mereka sempat menyelamatkan diri menuju ke Balai Polis Alamesra. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan manakala teman wanitanya selamat," kata Zaidi.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.