Lelaki China mengemis ditahan

29 Jan 2024 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Seorang lelaki pendatang tanpa izin dari China ditahan kerana mengemis di hadapan masjid dan tamu (pasar tani), di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah polis bertindak atas aduan orang ramai.

Beliau berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu dilihat terpincang-pincang dan berjalan menggunakan tongkat untuk meraih simpati orang ramai, namun sebenarnya boleh berjalan seperti biasa apabila ditahan.

“Dia membawa cawan plastik dengan tujuan mengemis dan disahkan menerima banyak wang daripada penderma yang baik hati,” katanya.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Ismail berkata, dia ditahan untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 21(e) Ordinan Kesalahan Kecil (Sabah Bab 80).

“Polis akan membanteras mana-mana pendatang tanpa izin dan orang ramai digesa melaporkan kepada polis jika mengesyaki ada di kawasan mereka,” katanya.

Ismail berkata, polis juga akan menyiasat rakannya yang lain seperti seorang lagi wanita warga emas dari China yang turut dilihat mengemis di sekitar restoran dan pekan sehingga ke Beaufort Jaya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.