Lelaki conteng muka kucing dengan marker pen, Persatuan Haiwan Malaysia mohon orang ramai salur maklumat

15 Oct 2024 • 10:29 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular seorang lelaki telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menconteng wajah kucing dengan menggunakan pen marker.

Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) mengecam tindakan berkenaan dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan mengesan lelaki tersebut.

PHM dalam hantaran di Facebook berkata, mereka tidak akan berkompromi dengan perlakuan membuli binatang.

“Mohon seluruh masyarakat Malaysia cam wajah lelaki yang menganiaya kucing dengan melukis wajah kucing menggunakan pen marker untuk tampil bantu jejak pelaku.

“Animal Malaysia tidak dapat menerima dan tidak berkompromi perlakuan membuli binatang yang lemah jika bukan untuk tujuan defensif diri,” katanya.

“Salurkan maklumat lengkap keberadaan penjenayah ini ke Whatsapp Hotline Jenayah Haiwan Animal Malaysia www.wasap.my/+601171245930 supaya satu laporan terperinci dapat dikumpulkan untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, tular video yang merakamkan seorang lelaki menconteng wajah beberapa ekor kucing dengan menggunakan pen marker.