Lelaki cuba bunuh diri diselamatkan

3 Jan 2024 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki dikatakan cuba membunuh diri dengan berenang ke tengah laut di Jalan Persisiran Pantai di sini, pada Isnin petang.

Lelaki warga asing yang dikenali sebagai Jason, 34, itu bagaimanapun berjaya diselamatkan nelayan yang menyedarinya hampir lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 jam 5.15 petang berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi sejauh dua kilometer daripada BBP.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan yang menyedari lelaki itu hampir lemas. Kemudian, dua anggota Bomba bertindak berenang sejauh 200 meter menuju ke bot nelayan untuk menenangkan mangsa dan membawanya naik ke persisir pantai,” katanya.

Jemishin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tawau menggunakan jentera EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu ditamatkan jam 5.54 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.