Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1

14 Apr 2024 • 8:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa terkena tembakan kini mengalami kecederaan parah

Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1. Dipetik dari laporan Sinar Harian, seorang lelaki dipercayai telah melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada Ahad.

Mangsa yang dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.

image is not available
Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1. Sumber foto: mStar

Lelaki warga tempatan melepaskan tembakan kepada isteri

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.

Siasatan mendapati bahawa kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.

Bagaimanapun tembakan tersebut mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Beliau juga berkata, mangsa yang cedera kemudian mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

image is not available
Sumber foto: Kosmo Digital

Motif kejadian masih dalam siasatan

Ketua Polis Selangor berkata motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh dan usaha memburu serta mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.

Suspek dipercayai telah melarikan diri ke utara.

Kini, situasi di KLIA 1 dikatakan sudah berada dalam keadaan terkawal.

Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian ini tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan dan situasi adalah terkawal.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Pada Ahad, tular di media sosial berkaitan suasana di balai ketibaan KLIA 1 itu dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri.

Lagi berita untuk anda di sini: