Lelaki cuba lerai pergaduhan maut ditikam

15 Nov 2026 • 9:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki cuba lerai pergaduhan maut ditikam

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 31 tahun maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan di tangga bersebelahan sebuah premis perniagaan di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, pada Sabtu.

Polis menerima makluman daripada Hospital Likas mengenai kematian mangsa yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan.

Mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada 6.44 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun terbabit dalam pertengkaran dengan seorang penjual makanan di luar sebuah kafe sebelum cuba menikam lelaki itu menggunakan pisau lipat.

Penjual makanan tersebut sempat melarikan diri, namun dikejar suspek. Mangsa yang berada di sebuah pusat snuker berhampiran cuba menghalang suspek daripada meneruskan tindakan mengejar lelaki itu.

Suspek kemudian mengambil sebilah parang daging dan menikam mangsa ketika mereka bersemuka di tangga bersebelahan premis tersebut.

Mangsa sempat melarikan diri sebelum rebah di kawasan parkir berhampiran.

Polis percaya kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap penjual makanan berkenaan.

Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menemui beberapa bahan bukti serta sampel untuk dianalisis.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Syed Lot berkata, polis sedang giat mengesan suspek, selain meneruskan usaha mendapatkan keterangan saksi lain yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, termasuk lokasi suspek, diminta membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline IPD Kota Kinabalu di 088-529 222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved