Lelaki curi tabung masjid ditangkap

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri tabung masjid di sekitar jajahan ini akhirnya berjaya ditangkap pada Khamis.

PASIR PUTEH - Seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri tabung masjid di sekitar jajahan ini akhirnya berjaya ditangkap pada Khamis.

Tangkapan terhadap suspek dilakukan pada jam 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pada 9 September lalu, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian kecurian duit tabung di Masjid Al- Syakirin Air Tawar, Semerak sekitar jam 11.52 pagi.

"Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 4 September lebih kurang jam 4.30 petang.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melihat perlakuan seorang lelaki bangsa tidak pasti sedang memecahkan tabung masjid untuk mencuri wang tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, ekoran tangkapan terbabit suspek telah mengaku melakukan kecurian duit tabung di Masjid Al- Syakirin Air Tawar, Semerak dan Masjid Darul Naim, Mukim Telosan.

Ujarnya, kes disiasat bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved