Seorang warga emas mencuri tumpuan ramai apabila gelagat dia memegang rotan sebagai tanda ‘amaran’ kepada kaum lelaki untuk menyegerakan Solat Jumaat.
Menerusi beberapa video tular, wanita warga emas itu seolah berleter panjang sambil memerhatikan kaum lelaki yang menuju ke masjid.
Bertugas untuk Solat Jumaat TYT.. tiba-tiba aku nampak kelibat seorang warga emas ni, ditangannya kemas memegang rotan.. Hairan, “tok ni mai mana? Getus hati sendiri.. Aku perhati dari jauh… Beliau mula menjeling seorang demi seorang anak-anak yang hadir solat… dan ada yang cuba elak dari bertembung dgn tok ni… ternyata situasi tu bukan baru berlaku hari ni… mesti setiap Jumaat tok ni tunggu.. sbb anak-anak macam kenai sgt… lambat mmg kna libas la Di zaman rotan cuba “diharamkan” di sekolah, Beliau seolah-olah tak amik kesah.. “kurang2 aku ada jawapan depan Allah” mungkin itu prinsip yg beliau pegang Aku cuba dekati.. “baguihnya makcik, dok ligan budak-budak solat”“Tumpang dok sihat, dapat “saham” sket pun jadi la” Steady tok!!! I Lap U la.. moga terus diberikan kesihatan.. sedikit usaha yang mungkin kita tampak remeh, siapa tahu mungkin ganjaranya melimpah & meleleh #sismasjid #jumaat #masjid
Susulan video tular berkenaan, warga emas itu digelar ‘nenek rotan.’
Bukan hanya memerhatikan dari jauh, nenek rotan ini juga menunggu di tangga masjid yang terletak di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Sangat mencuit hati apabila ada yang mengambil kesempatan, membuat ‘laporan’ kepada nenek rotan tentang beberapa jemaah yang lambat. Saat itu juga, dilihat nenek rota mula bersuara.
Tindakan nenek rotan dipuji ramai kerana walaupun dilihat hanyalah teguran kecil, namun kerana ketegasan beliau menjadi asbab masuk ke syurga.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar nenek rotan dipanjangkan umur dan terus diberikan kesihatan yang baik.
The post ‘Macam cikgu disiplin’ – Warga emas curi tumpuan, pegang rotan sambil perhati kaum lelaki ke Solat Jumaat appeared first on The Reporter.





