
TAWAU: Tiga sekeluarga, termasuk teman wanita seorang lelaki yang dikatakan dikurung dan dianiaya keluarga tersebut, ditangkap polis dalam kejadian di Kg Merotai Besar sekitar jam 10.30 malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 64 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai selepas cuba untuk melarikan diri.
AdvertisementPolis turut merampas sebuah seterika, sebuah telefon bimbit dan sebilah pedang samurai bersarung yang disyaki digunakan semasa kejadian.
Dalam kejadian itu, beliau berkata mangsa berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan melecur di lengan tangan kiri.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Jasmin berkata, insiden dikatakan bermula Selasa lalu apabila mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah, dan menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya yang mendakwa dia mengandung.
Katanya, mangsa sekali lagi menerima pesanan ringkas dari suspek (teman wanitanya) sekitar jam 7 pagi pada keesokan harinya yang meminta mangsa datang ke rumahnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sejurus tiba di rumah suspek tiga jam kemudian, mangsa diarah masuk ke dalam bilik di mana dia mendakwa dikurung oleh bapa teman wanitanya.
“Situasi bertambah tegang apabila dia dikatakan dipukul dengan kepala tali pinggang serta ditumbuk di bahagian kepala oleh abang kepada teman wanitanya, serta diancam dengan sebilah pedang samurai,” katanya dalam kenyataan media, Jumaat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jasmin berkata, wanita tersebut juga didakwa turut mencederakan mangsa dengan sebuah seterika panas yang menyebabkan lengan sebelah kiri mangsa melecur.
Tambahnya, mangsa berjaya melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan berlari ke jalan utama bagi mendapatkan bantuan orang awam.
Jasmin berkata, polis kini menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan sengaja dan membuat ugutan jenayah.

