⁠Lelaki Dakwa Jumpa Kalimah Allah Di Tapak Kasut Jenama Tempatan?

Entertainment
7 Apr 2024 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum reda kekecohan mengenai cetakan kalimah pada stokin, timbul pula isu baharu yang melibat kalimah Allah.

Terkini, kalimah Allah dipercayai ditemui pada tapak kasut jenama tempatan oleh seorang lelaki.

Kalimah itu kelihatan seakan-akan kalimah Allah dalam tulisan bukan rumi tetapi lebih kepada kaligrafi.

Video penemuan kalimah Allah di tapak kasut itu seperti yang dimuat naik oleh Mohd Haridz boleh dilihat di bawah.

image is not available

 

Dalam video itu, lelaki ini terkejut melihat kasut yang dibeli untuk isterinya itu mempunyai kalimah suci itu. Beliau juga menambah perbuatan meletakkan kalimah tersebut di tapak kasut adalah satu tindakan yang biadap.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklum balas atau respon dari pemilik syarikat kasut berhubung isu ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.