Lelaki Dari Johor Ditahan Di Lapangan Terbang Indonesia Kes Seludup Dadah, Kali Ini Balut Di Badan

4 Aug 2026 • 6:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang lagi warga Malaysia dilaporkan berdepan detik getir selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa cuba menyeludup dadah ke negara itu.

Kes ini mencuri perhatian apabila suspek berusia 22 tahun itu didakwa menyembunyikan hampir 1 kilogram syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi di bawah korset yang dipakainya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo.

Ditahan selepas tiba dari Kuala Lumpur

Kes ini pada mulanya dilaporkan portal berita Indonesia mendakwa suspek yang dikenal pasti dengan inisial DI ditahan di Terminal 2 selepas tiba dengan penerbangan Batik Air OD352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

gari

Hasil siasatan pihak polis menemui empat bungkusan mengandungi gabungan 990 gram methamphetamine dan empat bungkusan mengandungi 1,089 pil ekstasi.

Dadah itu dipercayai disembunyikan di bawah korset yang dibalut pada badan suspek. Suspek yang berasal dari Johor itu didakwa bersetuju menjadi penghantar untuk rangkaian dadah antarabangsa kerana sedang bergelut dengan masalah kewangan dan mempunyai hutang.

Pihak berkuasa menganggarkan dadah yang dirampas itu bernilai sekitar Rp2.79 bilion atau kira-kira RM715,000.

JSJN Bukit Aman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa

Terbaru, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk di lapangan terbang negara dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini.

dadah

Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai penahanan suspek berusia 22 tahun itu daripada pihak berkuasa Indonesia.

Lelaki itu berasal dari Johor. Bungkusan (dadah) itu dibalut dan dilekatkan pada badannya. Dia menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah (di negara ini).

Menurut Hussein, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci bersama pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

The post Lelaki Dari Johor Ditahan Di Lapangan Terbang Indonesia Kes Seludup Dadah, Kali Ini Balut Di Badan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved