Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia kerana dadah

4 Aug 2026 • 9:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia kerana dadah

SURABAYA: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lagi rakyat Malaysia dalam tempoh beberapa hari kerana disyaki menyeludup methamphetamine dan pil ekstasi ke negara tersebut, kesalahan yang boleh membawa hukuman mati di negara Asia Tenggara itu.

Lelaki berusia 22 tahun yang hanya dikenali sebagai DI itu ditahan di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia pada Isnin sejurus tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur, menurut ketua pasukan petugas keselamatan lapangan terbang, Novi Manunggal dalam satu kenyataan.

Bertindak atas maklumat, pegawai lapangan terbang menemui methamphetamine dan pil ekstasi yang dilekatkan pada badan suspek, kata kenyataan itu.

Novi berkata, suspek didapati membawa empat bungkusan yang mengandungi 990 gram syabu serta empat paket mengandungi 1,089 pil ekstasi.

Suspek didakwa atas kesalahan menyeludup dadah melebihi lima gram.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman mati di Indonesia.

Minggu lalu, pihak berkuasa turut menahan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun selepas menemui lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Juruterbang itu baru sahaja mengendalikan penerbangan penumpang dari Malaysia dan ujian susulan mendapati beliau positif beberapa jenis dadah terlarang. – AFP

The post Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia kerana dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved