Lelaki Dayus Tinggalkan Isteri Sebab Lumpuh Sepenuhnya Selepas Bersalin Anak Keempat Secara Czer

LocalFamily & Parenting
1 Jul 2025 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita berusia 30 tahun bukan sahaja diduga dengan lumpuh sepenuhnya tetapi juga ditinggalkan suami yang memilih untuk pergi setelah dia berada dalam keadaan sebegitu.

Kisah ini terjadi kepada wanita dari Bekasi, Indonesia bernama Ratih Raynada selepas dia melahirkan anak keempatnya menerusi prosedur caesarean.

Pada September 2024, Ratih berkata dia berasa sangat sakit dan mendakwa ubat bius diberikan seperti kurang efektif namun doktor bertugas berkata itu merupakan kesan sampingan sementara.

image is not available

Sumber: Kumparan News

 

Kesihatan merosot lepas bersalin

Namun, Ratih terpaksa melakukan pemeriksaan berkali selepas beberapa bulan melahirkan anaknya disebabkan kesihatan yang tidak sembuh sepenuhnya.

Ratih tidak mampu berkata-kata apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mengalami kerosakan tulang belakang dan perlu segera menjalani prosedur pemasangan skru logam.

Wanita itu dan keluarga menyangka Ratih akan sembuh seperti sedia kala namun kesihatannya merosot sehinggalah dia disahkan lumpuh sepenuhnya.

Pada awalnya saya masih boleh berjalan sendiri, malah pergi ke pusat perubatan berjalan kaki. Tetapi ketika pembedahan, saya tersedar dan rasa sakit ketika disuntik bius. Saya menjerit-jerit kerana terlalu sakit tetapi doktor hanya suruh ‘angkat kaki’.

image is not available

Sumber: Kumparan News

 

Ibu bapa dah tua, terpaksa uruskan cucu

Bukan sahaja doktor yang sering bertukar, Ratih juga mendakwa penjelasan diberikan kepadanya tidak konsisten. Disebabkan itu, keluarga menuntut keadilan daripada pihak pusat perubatan kerana unsur kecuaian sepanjang Ratih dirawat.

Selepas satu dugaan, Ratih ditimpa dugaan lain apabila suami meninggalkannya sejak Februari tahun ini dan ibu bapa wanita itu yang sudah tua terpaksa menguruskan empat orang anaknya.

Pada awalnya, hanya kaki yang sakit tetapi selepas pasang skru logam, seluruh badan saya sakit. Mula mula masih boleh duduk sekarang mengiring pun rasa sakit.

image is not available

Sumber: Kumparan News

Disebabkan suaminya sudah meninggalkan Ratih, anak-anaknya kini sudah tidak ke sekolah kerana tidak mampu membayar semua perbelanjaan.

Saya tak mampu uruskan mereka. Saya cuma ingin sembuh, boleh bekerja dan jadi ibu buat anak-anak saya.

image is not available 3 weeks ago

"Kalau Tahu Lahir Macam Ni, Aku Tak Nikah & Pilih Ada Anak!" - Wanita Dedah Ditinggalkan Suami Sebab Anak Sindrom Down