“Aku penat sangat” – Wanita Luah Terpaksa Campur Ubat Batuk Dalam Susu Anak

Entertainment
23 Jun 2025 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak merupakan amanah yang dianugerah Allah kepada setiap pasangan suami isteri. Meskipun gembira dengan gelaran ibu, namun sebagai manusia biasa ada kalanya akan berasa letih dan penat menguruskan cahaya mata yang masih kecil.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi luahan apabila dia terpaksa mengambil tindakan drastik kerana terlalu penat menjaga anaknya sewaktu suami bekerja di luar kawasan.

Menerusi confession daripada seorang individu kepada meingl di X, wanita itu mengatakan dia terpaksa mencampurkan ubat batuk dalam susu anaknya.

Katanya, anaknya yang baru berusia setahun enam bulan itu sukar untuk tidur dan kerap terjaga pada waktu malam. Tidak diberitahu mengapa anaknya sering berjaga namun situasi itu telah mengganggu waktu rehatnya pada waktu malam.

“Aku campur susu anak aku dengan ubat batuk. Anak aku setahun enam bulan. Aku penat sangat hari ini. Anak aku jenis mengempeng (keadaan bayi yang suka menyusu lama-lama),” keluhnya.

Akibat itu, dia berasa penat sehingga mempunyai bulatan hitam melengkung di sekeliling kawasan mata ekoran tidak mendapat rehat yang cukup.

“Aku menangis masa letak ubat,” tulisnya.

image is not available

Netizen luah risau

Luahan ibu terbabit turut memberi kerisauan dan ramai bersimpati dengan keadaannya dan memintanya untuk bertemu pakar sebelum ia menjadi lebih teruk.

Selain itu, ada juga membangkitkan isu kesihatan yang serius akan dihadapi kepada anak jika diberikan dengan kuantiti yang berlebihan.

Netizen juga memberi cadangan supaya wanita itu mendapatkan pertolongan atau mencari pembantu sementara untuk dia kembali menjaga mental dan fizikal.

image is not available image is not available image is not available

Kita doakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.