Lelaki dedah boleh kesan emosi manusia, hanya guna AI-driven machines

TechnologyDigital
3 Feb 2025 • 1:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
kesan emosi manusia

Tular di media sosial seorang lelaki yang mendedahkan bahawa hanya dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI), dia boleh kesan emosi manusia, terutamanya wanita yang seringkali sukar untuk dibaca.

Menerusi satu hantaran di TikTok, rasidmaasom telah memuat naik satu potongan klip dari drama bersiri Curang Tanpa Niat yang memaparkan perbualan antara dua watak iaitu Elina yang dilakonkan Mira Filzah dan Astrid yang dilakonkan Sharifah Sakinah.

Lelaki kesan emosi manusia, jadikan wanita sebagai contoh

@rasidmaasom

Bila 2 wanita tak sebulu berbual, maksud sebaliknya selalu tak nampak on surface. Tapi sebenarnya, AI boleh baca. Agak2 nak ke saya jadikan apps kat phone? Alat deteksi emosi #curangtanpaniat #shukriyahaya #mirafilzah #AI

♬ original sound - rasid maasom - rasid maasom

“Bila dua wanita tak sebulu berbual, maksud sebaliknya selalu tak nampak di permukaan. Tapi sebenarnya, AI boleh baca,” katanya pada ruangan kapsyen.

Pada video tersebut, rasidmaasom telah meletakkan dua video sama namun salah satu daripadanya memaparkan analisis wajah dari AI tersebut yang diletakkan di atas wajah para pelakon itu.

Potongan klip drama itu pula memaparkan analisis wajah Elina yang tertekan (stress) apabila Astrid, kekasih gelap suaminya datang dan menegur dirinya ketika berada di pejabat.

image is not available

Sementara itu, analisis wajah Astrid yang mengajak Elina untuk keluar makan tengahari bersama pula kelihatan sangat berminat (interest) dengan perbualan mereka.

Analisis itu telah mengesan pelbagai emosi yang dirasai oleh Elina dengan pelawaan itu termasuk gementar, tertekan serta binggung, sekaligus mengukuhkan dakwaan bahawa watak yang dibawakan Mira Filzah itu tidak senang dengan Astrid.

Susulan itu, rasidmaasom yang menggunakan AI-driven machines untuk membuat analisis wajah tersebut merancang untuk membangunkan satu aplikasi bagi membantu orang ramai mengesan emosi seseorang.

Kesan emosi manusia guna AI-driven machines

image is not available

“Agak-agak nak ke saya jadikan aplikasi kat telefon? Alat pengesanan emosi,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bersetuju untuk membangunkan AI yang boleh membaca emosi bagi memudahkan mereka memahami seseorang.

Boleh kesan emosi manusia, menarik ni…

image is not available

Bagus juga kalau buat aplikasi

image is not available

Buat aplikasi!!

image is not available

Aplikasi tu boleh kesan kalau ada unsur penipuan

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang berpendapat bahawa AI ini tidak akan dapat memahami hati seseorang wanita walaupun dapat membaca emosi mereka.

Percayalah, AI tak faham perasan wanita

image is not available

Orang berlakon selamat

image is not available

Berlakon dengan realiti tak sama

image is not available

Sekadar info, AI-driven machines adalah mesin yang menggunakan AI untuk melaksanakan tugasan yang memerlukan kecerdasan manusia.

AI-driven machines selalunya digunakan untuk menganalisis data, membuat keputusan serta memahami dan mentafsir bahasa manusia.

Sumber: TikTok rasidmaasom