OpenAI Melancarkan Operator – Ejen AI Yang Melakukan Automasi Tugasan Web

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI melancarkan perkhidmatan baharu Operator yang merupakan ejen kecerdasan buatan (AI) yang boleh melakukan proses automasi tugasan web menggantikan pekerja manusia. Operator dibangunkan berasaskan model GPT-4o yang boleh mengenalpasti maklumat terpapar pada skrin membolehkan ia memahami antaramuka laman web serta memanipulasi input menggunakan tetikus dan papan kekunci. Ia juga mampu berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa mengakses API berasingan.

image is not available

Operator turut mempunyai kemampuan untuk membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan sekiranya tersekat ketika melakukan tugasan di web. Ia hanya akan meminta bantuan manusia sekiranya perlu memasukkan maklumat sensitif seperti melakukan log masuk akaun yang berkenaan dengan tugasan.

Untuk menjayakan Operator, OpenAI bekerjasama dengan DoorDash, Instacart, OpenTable, Priceline, StubHub, Thumbtack, dan Uber. Operator boleh digunakan oleh pelanggan ChatGPT Pro untuk mengarahkannya melakukan pembelian barangan runcit dengan hanya memberikan arahan suara.

Pada ketika ini Operator diklasifikasikan sebagai produk kajian dengan ia hanya boleh diakses pelanggan ChatGPT Pro di Amerika Syarikat dengan bayaran $200 sebulan.