Lelaki Dedah Pasukan LA Galaxy Pernah Kena ‘Scam’ Dengan Harimau Malaya ‘Copy’

Entertainment
18 Nov 2022 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi pencinta sukan, sama ada bola sepak, badminton, bola keranjang atau jenis sukan lain, sudah tentu biasa dengan istilah match fixing.

Biasanya, pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan cuba mengatur perlawanan dan membayar salah satu atau kedua-dua pasukan untuk mencapai skor tertentu.

Menurut FIFA penetapan perlawanan ini sesuatu yang sering berlaku dalam dunia bola sepak biasanya dilakukan secara haram, ia termasuk dalam jenayah perjudian, serta rasuah peribadi dan juga institusi.

Semalam, tular di media sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi sebuah cerita di mana pasukan bola sepak LA Galaxy pernah terlibat dalam match fixing ini dengan pasukan yang dikatakan Harimau Malaya.

@what_a_lad_podcast

Staffys match fixing yarns still blow my mind #matchfixing #image is not available

♬ original sound – James Marshall

Lelaki berkenaan ialah Mark Stafford yang merupakan seorang pundit iaitu pakar dalam bidang sukan, dia menceritakan pasukan bola sepak LA Galaxy pernah mendapat tawaran untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan bola sepak kebangsaan sebagai aksi ‘pemanas badan’ sebelum Piala Asia.

Pihak LA Galaxy menerima tawaran tersebut dan dua bulan kemudian pasukan Malaysia datang dan melakukan perlawanan tersebut dan pasukan dari Los Angeles itu menang 4-1.

Ingatkan Harimau Malaya sebenar, rupanya…

Sesudah tamat perlawanan tersebut, pasukan LA Galaxy baru dapat tahu bahawa itu bukanlah pasukan Harimau Malaya yang sebenar, tetapi sebaliknya ia merupakan sekumpulan pemain yang dikumpul oleh bookie dan menggunakan nama Malaysia.

“Individu itu cuma seorang pengatur perlawanan yang membuat surat dengan kepala surat palsu, dan membawa sekumpulan pemain, malah mereka menyarung jersi tiruan pasukan Malaysia.

Bawa pasukan ini datang ke LA dan mengatur agar ada 5 gol [terkumpul] dalam perlawanan ini dan mereka letakkan pertaruhan ini di pasaran gelap.

Hasil pertaruhan ini lebih daripada cukup untuk menanggung semua kos dan segalanya kerana dia (bookie) berjaya menjana jutaan dollar daripadanya.” jelasnya.

Tak pasal-pasal Harimau Malaya terpalit sekali!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.