Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam

4 Jan 2023 • 2:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dituduh oleh Macau scam bahawa lelaki di Padawan ini terlibat dalam aktiviti cuci duit

Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam. Ingatkan dah banyak dah kes sebelum ni, maka berkurang atau memang tiada langsung lah mangsa Macau scam ni. Rupanya ada lagi dan jumlah kerugian duit mereka lesap pun bukan jumlah yang sikit.

Kali ini, mangsa seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an di Padawan telah kehilangan RM179,400 duit simpanannya akibat penipuan Macau scam ini. Yang lagi haru-biru apabila scammer ini menuduh lelaki ini terlibat dalam aktiviti pencucian wang haram.

image is not available
Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam. Sumber gambar: Astro AWANI

Suspek mengaku dari Menara Telekom hubungi mangsa kerana mangsa ada 3 bulan tunggakan bil UniFi yang didaftarkan di Kelantan sebelum diserahkan kepada polis

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Supritendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian ini bermula sejak 13 Oktober tahun lalu dimana mangsa telah dihubungi oleh seorang individu lelaki yang mengaku sebagai dari Menara Telekom.

image is not available
Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam. Gambar sekadar hiasan: registerbroadband

Individu ini atau suspek telah memberitahu mangsa bahawa mangsa memiliki tunggakan bil UniFi yang telah didaftarkan di Kelantan. Oleh kerana terdapat 3 tunggakan ini, individu ini telah menyerahkan panggilan bersama mangsa kepada seseorang yang bernama ‘Sgt Mohamad Khairul’ yang bertugas sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Bharu.

Kemudian, suspek tuduh pula mangsa terlibat dalam aktiviti cuci duit bersama ‘Datuk’ dan ada 14 transaksi mangsa untuk bayar cagaran

Suspek kemudian telah menuduh mangsa terlibat dalam aktiviti pencucian wang haram bersama dengan seorang ‘Datuk’ dan kes ini akan disiasat oleh seorang lagi individu bernama ‘Sgt Mohd Fitri’.

Bukan itu sahaja, suspek juga telah memberitahu mangsa untuk membuat pembayaran cagaran kepada 4 buah akaun bank. Memandangkan mangsa yang sudah masuk ke dalam perangkap Macau scam ini, mangsa telah melakukan 14 transaksi pembayaran sepanjang tempoh 3 bulan ini.

image is not available
Sumber gambar: berita harian

Mangsa sedar ini adalah penipuan Macau scam setelah gagal menghubungi salah satu nama yang dinyatakan

Mangsa hanya menyedari apabila mangsa gagal menghubungi individu yang bernama ‘Sgt Mohd Fitri’. Lalu, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan yang selanjutnya.

Untuk orang ramai, ambil langkah berhati-hati dan sentiasa peka dengan helah-helah penipuan sang penipu Macau scam ini. Jika rasa ragu-ragu dengan transaksi atas talian dilakukan, maka anda boleh ke http://semakmule.rmp.gov.my

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 atau hantar pesanan anda ke Whatsapp 013-2111222.

Banyak juga dah kes-kes orang awam kehilangan wang ringgit gara-gara penipuan atas talian ini seperti dalam artikel berikutnya: