Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi 2 Beg Jemaah Wanita

LocalPolitics
28 Nov 2025 • 3:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh serta mencuri dua beg sewaktu mangsa sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Kejadian mencuri dua beg jemaah itu dilaporkan berlaku pada Selasa (25 November) yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu lelaki berkenaan berusi 30 tahun dan telah ditahan di kediamannya di Jalan Tok Raja, Kampung Gong Tok Tor, Jertih pada jam 7.20 pagi, semalam (27 November).

2 beg diletakkan di belakang sewaktu jemaah tunai

Jelas beliau, penahanan ke atas suspek dilakukan ekoran laporan polis yang diterima pada malam hari sama (25 November) oleh seorang lelaki dimaklumkan mengenai jemaah wanita kehilangan dua beg.

Dua beg itu telah diletakkan di bahagian belakang sewaktu jemaah tersebut sedang menunaikan solat Isyak.

“Pengadu telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki memasuki ruang solat jemaah perempuan sebelum melarikan beg berkenaan.

“Gambar suspek yang dirakam CCTV turut tular di media sosial dan tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut Berjaya membawa kepada penangkapan suspek,” ujarnya, lapor Sinar Harian

Suspek positif methamphetamine

Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan turut mengaku terbabit dalam satu lagi kes curi di Jertih (Repot Jertih: 4188/25) yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.”

Ujar beliau lagi, polis juga merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kegiatan curi berkenaan, antara yang dirampas:

  • Sehelai kemeja T berwarna hijau
  • Sehelai seluar berwarna hitam
  • empat buah buku
  • Dua beg kecil
  • Kunci
  • Tasbih
  • Beg kecil berzip

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebat,” jelasnya.