Lelaki Didakwa Atas Pembunuhan Ibu Dan Anak Angkat Di Juru

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 4:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh seorang wanita dan anak angkatnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru pada Oktober lalu.

Lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

image is not available

Foto: Berita RTM

Menurut laporan Malaysia Gazette, tertuduh, Dinesh Kumar Mandal, 35, hanya mengangguk dan menyebut “samajh gaya” (faham) selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Akit.

Artikel lain: Dendam Dipercayai Motif Dua Beranak Dibunuh Di Juru – Polis

Namun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan kerana kedua-dua pertuduhan tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

image is not available

Foto: Sosial Media

Berdasarkan pertuduhan pertama, Dinesh didakwa membunuh Sariya Che Hin, 51, antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam pada 18 Oktober lalu di sebuah rumah bernombor 502 di Kampung Sekolah Juru.

Pertuduhan kedua pula menyatakan bahawa dia turut membunuh Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, pada tarikh, masa dan lokasi sama.

image is not available

 Foto: Sosial Media

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun jika disabitkan.

Jika tidak dijatuhkan hukuman gantung, pesalah boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

image is not available

Ketika prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan forensik telefon bimbit, kimia serta bedah siasat.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

The post Lelaki Didakwa Atas Pembunuhan Ibu Dan Anak Angkat Di Juru appeared first on Borak Daily.