Warga Asing Tayang Duit RM9,000, Wanita Pakat Panggil ‘Sayang’

26 Nov 2025 • 1:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah video di TikTok mencetuskan gelak tawa ramai apabila seorang warga asing yang sedang mengira wang tunai mencecah ribuan ringgit menjadi sasaran komen kreatif netizen, terutamanya wanita yang berpura-pura menjadi teman wanitanya.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Ismailhossain, lelaki tersebut dirakam mengira duit dipercayai hampir RM9,000, yang disusun kemas di atas meja. Aksi spontan itu bukan sahaja menarik perhatian penonton, malah menjadi medan netizen “mengorat” secara berseloroh.

Advertisement

Video berdurasi 23 saat itu meraih hampir 72,000 tanda suka dan lebih 80,200 perkongsian, menunjukkan betapa kreatifnya warganet Malaysia apabila diberi peluang untuk bergurau.

Antara komen yang mencuri tumpuan termasuk:

“Maaf semua, teman lelaki saya memang suka kira-kira duit macam ini,” — @Fazilahh18

“Abang, balik awal ye malam ini. Saya masak nasi briyani nanti,” — @Cherrynareen

“Sayang, dah makan ke? Kalau belum, singgah rumah dahulu. Tapi basah sikit sebab musim banjir,” — @Amoyyyyyy._0

“Bahaya bawa duit banyak-banyak macam ini. Sini saya tolong simpankan separuh dalam dompet saya,” — @Celverinaa

Ada juga netizen yang mengusik bahawa video itu membuktikan perempuan “memang pandang duit”, namun kebanyakan balasan di ruangan komen sekadar jenaka berasaskan situasi tersebut.

Hantaran itu terus tular, sekaligus menunjukkan sekali lagi kreativiti serta “sense of humour” rakyat Malaysia setiap kali ada peluang untuk menyakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-26 11:35:27

Fatin Buka Mulut Dakwaan Jadi Tikus Makmal Oleh Ibu, Berterima Kasih Dengan Prince Syed - "Tak Tahu Apa Baik Diam"

The post Warga Asing Tayang Duit RM9,000, Wanita Pakat Panggil ‘Sayang’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.