Lelaki didakwa cabul anak tiri ketahui nasib 23 Ogos

27 Jul 2023 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 23 Ogos ini untuk e-Review bagi menetapkan tarikh keputusan kes seorang lelaki berusia 57 tahun yang didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh tersebut bagi lelaki itu apabila pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi.

Mahkamah juga menetapkan pada atau sebelum 21 Ogos untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan jawapan.

Sekiranya lelaki itu diperintah untuk membela diri, mahkamah menetapkan 17 Okt untuk pembelaannya.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja berusia 13 tahun empat bulan itu dengan menyentuh bahagian tubuhnya. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 2.30 petang 1 Nov 2021 di sebuah rumah di Kepayan, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) Akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya mengendalikan pendakwaan manakala peguam Chen Wen Jye mewakili lelaki itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.