
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa sementara di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan mengedar 56g syabu.
Penganggur Saldam Makat yang dihadapkan ke hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 April tahun ini pukul 3 petang, di tempat letak kereta di hadapan sebuah kedai di pekan Inanam.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Saldam.
Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pihak pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan membantah ikat jamin kerana pertuduhan itu tidak memperuntukkan ikat jamin.
Stephanie menetapkan 10 Jun untuk sebutan dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 57 tahun dijatuhi hukuman penjara dua bulan kerana mencuri.
Penganggur Ahmad Awang mengaku mencuri sepasang kasut kepunyaan Faredzuan Asmaran jam 11.15 pagi, 17 Feb, tahun ini di surau, di tingkat tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Koa Kinabalu.
Pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa perbuatan Ahmad telah dirakam dalam CCTV premis itu dan dia ditahan selepas itu jam 8.50 malam pada hari sama berikutan laporan yang dibuat oleh pihak pendakwaan.
Ahmad diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.
Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
