
Lelaki meninggal dunia kerana diserang selepas berbuka puasa
Lelaki Maut Akibat Cedera Parah, Ditetak Selepas Berbuka Puasa. Seorang lelaki maut akibat cedera parah selepas didakwa ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah perkampungan Simunjan.
Dipercayai kejadian itu berlaku pada malam Khamis, apabila mangsa didakwa berjalan menuju ke sebuah kedai selepas berbuka puasa.
Menurut sumber, mangsa diserang secara mengejut oleh suspek sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Selepas itu, mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan, di mana dia disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kui telah mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
“Siasatan dijalankan dari semua aspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh tampil membantu siasatan,” katanya.
