
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis bawah umur.
Saliman Sukarno mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan terhadapnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Saliman didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun dan dua bulan itu dengan membelai payudaranya, menyentuh bahagian sulit dan mencium mulutnya tanpa kerelaannya pada jam 6 pagi, 2 Feb tahun ini di Kg Likas, di sini.
Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah menetapkan 7 April depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan Saliman direman sementara menunggu kesnya selesai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala Saliman tidak diwakili peguam.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, dua warga Pakistan dikenakan denda sejumlah RM13,500 kerana melakukan kesalahan imigresen.
Mereka ialah Wajid Khan dan Zada Muhammad, yang mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Wajid dikenakan denda RM10,000 atau penjara enam bulan ingkar kerana tinggal lebih masa di negeri ini selama sebulan dan 21 hari, selepas pas Lawatan Sosial Sementaranya telah tamat tempoh pada 21 Dis 2024.
Dia ditahan pada 11 Feb tahun ini pada 1.20 petang di Sarhad Trading di Pekan Goshen, Kota Marudu.
Zada dikenakan denda RM3,000 atau penjara empat bulan kerana memasuki negeri secara haram dan denda RM500 lagi atau penjara tiga bulan kerana melanggar syarat pas Lawatan Sosialnya.
Pertuduhan menyatakan bahawa syarat pas Lawatan Sosial Zada hanya dibenarkan berada di Malaysia Barat tetapi dia telah memasuki Sabah.
Selepas membayar denda atau menjalani hukuman, Wajid dan Zada diarahkan untuk rujuk ke Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.



