
RANAU: Seorang pendaki lelaki warga Britain meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu pada Selasa.
Pendaki berusia 70-an itu ditemui di Km 8.2, selepas Sayat-Sayat Check Point.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.17 pagi dan mengerahkan lima pegawai dan anggota, termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), malim gunung dan anggota ParkSAR ke lokasi.
“Pasukan memberikan rawatan awal sebelum mengangkat mangsa ke Pondok Panalaban dan kemudian dibawa turun ke Pintu Timpohon menggunakan pengusung Robinson.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.



