Lelaki didakwa miliki 41.1g MDMA

LocalPolitics
2 Oct 2024 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa memiliki 41.1g dadah – 3.4Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Victor Chin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan dihadapinya pada Selasa.

Chin didakwa memiliki dadah itu jam 11.45 malam pada 27 Mei tahun ini di sebuah unit di Pangsapuri Beverly hills, Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 4 Nov tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Sementara menunggu tarikh itu, Chin diperintah direman lanjut sehingga kesnya selesai. Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan manakala peguam Luke Ressa Balang mewakili Chin.

Dalam kes berasingan, seorang warga Filipina berusia 59 tahun dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram. Pendy Sulaiman mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Pendy ditahan pada 4 Sept tahun ini jam 5.56 petang di kawasan Telipok selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Mahkamah memerintahkan Pendy menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas dibebaskan dari penjara. Pegawai Pendakwa Abu Sopian Karate dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.