
Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki pakaian sukan yang dipercayai dicuri.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Danny Ujin yang tampil di hadapan Majistret Marilyn Kelvin melalui Zoom pada Isnin.
Danny dituduh memiliki sehelai jersi, sehelai baju-T dan sehelai seluar trek, di mana dia gagal menjelaskan bagaimana barangan itu diperolehi pada 28 April tahun ini, jam 3.45 petang, di sebuah rumah di Taman Chanyai, Jalan Tuaran, Likas.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret menetapkan 13 Mei untuk pengakuan Danny direkodkan.
Sementara menunggu tarikh itu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM800 bersama dua penjamin.
Dalam kes berasingan, tiga individu didakwa atas kesalahan mengambil dadah.
Ronald Rusdi, Shera Spencer dan Norliza Ismail masing-masing didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan ahli kimia dan membenarkan mereka diikat jamin oleh mahkamah sehingga tarikh tersebut.
Inspektor Yusdi Basri tampil untuk pendakwaan.


