Lelaki didakwa perdaya wanita babit urusan sewa rumah

21 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki didakwa perdaya wanita babit urusan sewa rumah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 42 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan perkhidmatan sewaan rumah sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Redzuan Sulaiman yang turut mempunyai lima lagi kes tertunggak di Mahkamah Sesyen lain dihadapkan di hadapan Hakim Marlina Ismail.

Pada awal prosiding Redzuan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Namun mahkamah menolak pengakuan itu selepas tertuduh mempertikaikan sebahagian dokumen berkaitan kes yang ditunjukkan kepadanya.

Dokumen yang dipertikaikan ialah perjanjian berkaitan urusan sewaan rumah tersebut yang menurut Redzuan bukan disediakan olehnya.

Mengikut pertuduhan Redzuan didakwa memperdayakan seorang wanita berusia 31 tahun dengan mendakwa mampu menyediakan perkhidmatan sewaan rumah di Kondominium University Utama Fasa 2, Telipok menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1,500 bagi tujuan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.20 petang pada 14 Jun lalu di KK Plaza.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Redzuan terus ditahan reman sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved